She
![]() Music Player |
Genap 3 tahun...
Assalamualaikum. Hello there?
25.12.2013.
Tarikh ni sentiasa segar dalam otak aku. Tarikh yang aku hilang orang yang paling aku sayang dalam dunia, dia yang faham aku dari segala aspek, dia juga tempat aku bermanja, tempat aku lepaskan kesunyian. Dia adalah insan yang bergelar ayah. Arwah ayah orang yang paling aku rapat, kalau boleh semua cerita aku nak bagitahu semua aku nak cerita. Ayah selalu bagi aku semangat, bila aku sedih ayah je faham aku. Kalau ada masalah aku cerita kat ayah, nanti dia tolong aku selesaikan. Pernah sekali tu beg aku yang ayah belikan ada orang sakai mana tah curi. Hoi mahal kut beg tu, aku ngadu kat ayah sampaikan ayah suruh tunjukkan siapa yang ambil. Beg tu aku dah jumpa sebenarnya sebelum balik sekolah tu. Senang aku jumpa? Yelah aku sorang je pakai tu dah siap buat tanda, so memang tolol tahap gaban kalau budak tu cakap dia punya. Hmm SUMPAH aku rindu ayah. Rindu sesangat sebab aku paling rapat dengan arwah. Bila arwah balik kerja aku suka sorok belakang pintu nanti mama bebuat tak nampak aku, bila ayah buka je pintu aku terjah terus, hahaha time tu ayah terkejut. Setiap kali aku buat gitu dia mesti cover cover tak terperanjat hihi. Kalau aku tak sambut ayah macam tu, nanti dia mesti panggil aku dari pintu masuk tu sampailah ke dapur. Biasanya aku bebaring kat bilik. Bilik aku memang jauh sikit dari pintu masuk tu so tak berapa nak dengar kalau orang panggil. Bila ayah kat dapur nanti, selagi aku tak bagi respon balik selagi tu dia panggil. Sampai satu tahap lepas arwah pergi dalam seminggu macam tu, aku tergiang giang suara dia. Hmm. Aku susah nak nangis dulu, tapi sekarang aku jadi sensitip kalau ada perkara yang terharu sikit. Masa arwah pergi air mata aku mengalir sampai 3 hari, sampai bengkak mata time tu. Bila tenguk cermin Ya, Allah sepet gila. Bayangkan lagi berapa hari nak masuk sekolah, nak pula tahun tu aku SPM. Aku tak kuat sebab macam yang aku cakap aku rapat dengan arwah. Pergi and balik sekolah dia yang hantar ambil aku. Aku nak pergi memana semua dia hantar, yes aku dimanjakan oleh arwah. Bila balik sekolah aku rasa nak nangis, pernah masa first day sekolah tu time nak balik aku tercari-cari kereta kat tempat yang arwah selalu park kereta bila nak tunggu aku balik, aku tersedar bila kawan aku tegur aku. Sungguh aku amat terasa bila dia tak ada. Setiap kali birthday arwah 30.4 aku mesti belikan kek, masa lepas arwah pergi pun aku hampir nak terbeli kek. Tapi lepas sedar aku mengucap untuk tenangkan diri aku. Dan sampai sekarang ni aku rasa macam semalam je arwah pergi tinggalkan aku sekeluarga. Tanda tanda dia nak pergi memang ketara sangat tapi yelah time tu siapa nak jangkakan. Arwah pergi hari sabtu petang. Jumaat pagi tu aku ada masak something bila arwah makan dia cakap tak rasa apa-apa pun. Aku pelik juga sebab aku makan ok je. Dan dalam 3-4 bulan sebelum arwah pergi, dia suka sangat lepas makan duduk kat depan rumah tempat letak tu nanti dia ambil bangku kecil tu letak kat tepi. Jumaat malam tu sebelum ayah nak masuk tidur aku ajak tonton cerita best kat tv, then dia berdiri kat belakang aku cakap dia penat nak masuk tidur siap wish good night lagi and yang peliknya ayah diri kat belakang aku lama sangat, maybe dia tak perasan aku tahu dia diri belakang aku time tu sebab depan aku tu tempat letak tv tu dia jenis kaca so boleh nampak pantulan belakang aku. Time tu lama arwah diri aku diamkan je sebab maybe dia nak tenguk cerita kat tv. (wish goodnight before tidur dah jadi rutin harian kami). Banyak sangat perkara yang tak biasa arwah buat. Last raya dia bagi duit raya dengan amount yang agak besar aku ingat sesaja je. Aku tanyalah lepas makan kenapa bagi banyak sangat, dia jawab slow je dengar tak dengar je time tu, apa yang sempat aku tangkap ialah ni "last duit raya ayah bagi." Dalam hati aku, mungkin ni last dia bagi bebyk. Bila arwah pergi baru aku faham makna semua tu. Ayah, akak rindu ayah kami semua rindu ayah. Aku cepat tersentuh bila ada yang sebut perkataan ayah sebab aku terus teringat arwah. Aku cepat nangis cepat tersentuh sejak arwah pergi. Aku selalu berdoa supaya kuatkan semangat aku. Kalau aku sedih mesti mama sedih. Sebab semua tahu aku rapat sangat dengan arwah ayah. Aku harap sesiapa yang baca ni still ada ayah lagi, korang hargai bebaik. Hargai jasa kedua ibubapa kita, sebab mereka tiada penganti bila mereka tinggalkan kita nanti. Aku rindu nak kucup tangan ayah bila nak keluar rumah, bila nak pergi sekolah pepagi. Aku rindu nak salam tangan ayah, aku rindu nak peluk ayah bila aku sedih happy. Aku rindu nak dengar dia bagi semangat, susah nak dengar arwah bebel. Arwah ayah tegas mungkin sebab pencen askar kut. Muka ayah serius tapi dia peramah sangat. Bila ayah bersuara aku dengan akak aku takut juga hee, dia tak garang tapi tegas. Ayah, akak selalu berdoa supaya nanti bila akak tinggalkan alam ni akak dapat jumpa ayah kat sana. Akak doakan ayah, akak tak nak ayah sesakit kat bawah tu. Akak minta maaf kalau akak ada buat salah sampai ayah kena hukum kat bawah tu, akak janji akak berubah. Ayah doakan akak kuat semangat ye, kuatkan untuk mama and along. Kesian mama sensorang sekarang, sebab tu akak tak terima upu tu walaupun ia bagus. Akak tahu ayah nak akak masuk ipta kan, maaf ayah, akak tak sanggup nak tenguk mama sensorang. Akak tahu ayah tahu apa yang akak cuba sampaikan. Harini genap ayah pergi 3 tahun, in sya allah akak jaga nama baik family ni ayah. Ayah bebaik ye kat sana. Akak terlalu rindukan ayah. Selamat malam ayah. I love you.
AL-FATIHAH
|